Thursday, July 29, 2010

BERKELAKUAN GANAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT.

"Drpd abu hurairah, meriwayatkan bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda: dua jenis manusia penghuni neraka yg aku tidak melihatnya. Golongan orang yg memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, golongan perempuan yg memakai pakaian tetapi bertelanjang yg menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya(rambutnya) seperti bonggol unta kharsani,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian,demikian."

Thursday, July 15, 2010

UJIAN??? SMILE N THINKING....

salam.. tgh2 boring ni tetiba ja rasa nk post sumthng kt blog ni.. terigt akn ujian yg kerap melanda ujian dr allah.. ujian dr kementerian la.. ujian dr sekolah la... n mcm2 lg... tp bila difikiRkn blek.. suma ujian tu da rahmat nya... bila kita sdg hadapi ujian, kita dapat merasa kn nikmat ujian itu.. jgn mengeluh ketika menghadapi ujian... juz smile n thnk how to solve it.,, bkn sja pengalamn mendewasakn kita tp ujian juga turut mendewasakn kita.. mlalui ujian kita dapat mengetahui kelemahan kita, dimana silap kita n mcm2 lg..

Thursday, July 8, 2010

World Cup Fifa 2010

Setelah mencari2 masa, akhirnya terjumpa juga kesempatan untuk menulis bagi memastikan salah satu wasilah dakwah saya terus bernafas. Kali ini, seperti tajuk yg diberi, dalam kehangatan Piala Dunia yang setakat dunia tak keterlaluan untuk dikatakan banyak mengecewakan kebanyakan peminat2 bola sepak.

Walau apa pun, saya bukanlah berniat untuk menulis tentang persembahan yang amat hampeh daripada squad England, bukan juga kemenangan nasib Greece ke atas Nigeria, apatah lagi untuk menulis tentang kebodohkurang bijakan Raymond Domenech dalam mengatur corak permainan pemain Perancis. Jauh sekali untuk mengatakan tentang kekalahan mengejut pasukan Sepanyol dgn Switzerland selain kad merah yang x habis2 dilayangkan oleh refree kepada pemain2. Jika demikian, adakah saya akan menulis tentang pengadil simpanan, Subkhiddin Saleh yg menjadi wakil Malaysia ke Piala Dunia kali ini? Tidak sama sekali...

Apa yang ingin ditulis kali ini ialah berkenaan lagu tema Piala Dunia kali ini, iaitu seperti yang diketahui ramai, dinyanyikan oleh K'naan ataupun dalam Bahasa Arab كنعان عبدي ورسمه‎ (Keinan Abdi Warsame). Apakah yang menarik tentang lagu ini sehingga menjadi pilihan saya untuk menulis tentangnya daripada menulis tentang aksi tangkap ayam oleh Robert Green, keeper England? Mari kita lihat betapa menariknya lagu ini...

Pertama sekali, kita lihat lirik lagu tema Piala Dunia 2010 ini..

Ooooooh Wooooooh
Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin , as we lose our inhibition,
Celebration it’s around us, every nations, all around us

Singin’ forever young, singin’ songs underneath the sun
Lets rejoice in the beautifull game.
And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back (x2)

Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin, as we lose our inhibition,
Celebration, it’s around us, every nations, all around us

Singin’ forever young, singin’ songs underneath the sun
Lets rejoice in the beautifull game.
And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back (x4)

Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo
And we are all singin’ it.

Buat pengetahuan anda, lagu ini sebenarnya ialah gubahan daripada lagunya yang asal, juga nyanyian K'naan.Liriknya sudah ditukar untuk disesuaikan dengan tema Piala Dunia itu sendiri. Mari kita lihat siapakah كنعان عبدي ورسمه ini sebenarnya.. Dia dilahirkan di Somalia, tetapi menetap lama di Canada. Dia dikatakan oleh Wikipedia ialah seorang Muslim. Atuknya, Haji Mohamad ialah penyair terkenal di Somalia suatu ketika dahulu.Sekarang, kita lihat pula lagu asal "Waving Flag" yang dikatakan setengah orang dicipta oleh atuknya Haji Mohamad yang asalnya adalah untuk Palestine. Sejauh mana kebenaran, Wallahua'lam..

Original Version Waving Flag

When i get older, they'll call me freedom
Just like a Waving Flag.

[Chorus]
When I get older, I will be stronger,
They'll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
but Violent prone, poor people zone,
But it's my home, all I have known,
Where I got grown, streets we would roam.
But out of the darkness, I came the farthest,
Among the hardest survival.
Learn from these streets, it can be bleak,
Except no defeat, surrender retreat,

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we'll be free,
So we patiently wait, for that fateful day,
It's not far away, so for now we say

[Chorus]

So many wars, settling scores,
Bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way,
Love is the answer, that's what they say,
But look how they treat us, Make us believers,
We fight their battles, then they deceive us,
Try to control us, they couldn't hold us,
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

But we struggling, fighting to eat,
And we wondering, when we'll be free
So we patiently wait, for that faithful day,
It's not far away, but for now we say,

[Chorus] 2x

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

[Chorus] 2x

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag,
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
Flag, flag, Just like a Waving Flag

Lirik lagu asal jelas menyatakan tentang kemenangan yang belum terkesampaian, tapi pasti akan tiba. Segala kebatilan yang didokong oleh mereka yang kononnya maharaja dunia ini akan kalah jua akhirnya. Dan akhir sekali, kita akan dapat merasai kemanangan hakiki yang telah dijanjikan. Pasti!

Akhir sekali, janganlah jadi seperti kebanyakkan ramai orang di dunia ini yang melayan segala Piala Dunia dengan sepenuh hati, tapi tetaplah ada prinsip kita. Piala Dunia, Piala Dunia juga, tapi kewajipan sebagai seorang Muslim itu masih banyak yang tidak dipenuhi. Oleh itu, di tengah kehangatan inilah, baru kita dapat lihat siapakah yang betul2 menghayati wasiat Hasan AlBanna yang ke10, الوا جبات أكثر من الأوقات bermaksud, kewajipan yang tersedia itu lebih banyak daripada masa yang diberi.. Wallahu'alam..



*kepada mereka yang kononnya benci Piala Dunia ini kerana melalaikan ummat Islam, sila jawab soalan saya ini, sebutkan negara Islam yang dapat memasuki Piala Dunia? Bukankah "barangsiapa yang tidak mengambil berat hal ummat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka?" Fiiikirkanlah!(sila baca dgn gaya tarik Faizal Tahir dalam lagu Hikmah Kembara ketika bersama Mirwana dulu)


sumber:http://alfateh.via.my/

Friday, July 2, 2010

Muslimah vs Putus Cinta

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.



TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.




Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam



sumber:www.iluvislam.com

.....

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."