Friday, March 13, 2009

SIAPA ORANG YANG SIBUK

Siapakah Orang Yang Sibuk
Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.sSiapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya?Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik?Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.Siapakah org yg KEDEKUT ?Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.Jadikanlah Al Quran itu acuan hidup..untuk bekalan kemudian hari..insya Allah

Thursday, January 22, 2009

CERITA CINTA DAN SAHABAT

Pada suatu pagi yang indah. Sepasang teman yang bernama CINTA dan SAHABAT bersiar – siar di sebuah taman. Mereka sangat seronok bersiar – siar hingga terleka dengan nikmat Allah yang sementara.
Namun, malang tidak berbau. Satu insiden yang tragik meragut kebahagiaan mereka yang indah persis fatamorgana. Takdir tuhan yang datang tiada dapat dihalang. CINTA tiba-tiba jatuh ke dalam sebuah perigi. Kerana apa? CINTA jatuh ke dalam perigi kerana sememangnya seperti yang diketahui cinta bersifat buta.
Keikhlasan dan ketulusan SAHABAT mengatasi segala-galanya. Tanpa melengahkan masa dan berfikir panjang SAHABAT terjun ke dalam perigi semata-mata untuk menyelamatkan CINTA kerana ia merupakan salah satu sifat seorang SAHABAT iaitu berusaha membantu sedaya upaya apabila seorang sahabatnya ditimpa musibah atau kesusahan.
Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, CINTA yang disangka ada di dalam perigi, tidak ketemu oleh SAHABAT. CINTA rupa-rupanya hilang. Kerana apa? CINTA hilang kerana CINTA itu fana. Cintakan bunga, bungakan layu. Cintakan manusia, manusiakan mati. Cintakan dunia, duniakan pergi.
Meskipun CINTA yang dicari tidak ketemu, SAHABAT tetap menunggu di dalam perigi. Kerana apa? SAHABAT terus menunggu kerana SAHABAt itu sejati, terus setia dan dia juga percaya ukhwah kerana Allah akan membawa ke syurga…

Saturday, January 17, 2009

KITA SEBENARNYA......

Kita sebenarnya…Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharam.
Kita sebenarnya…Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya…Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad, daripada hari Jumaat.
Kita sebenarnya…Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
Kita sebenarnya…Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang.
Kita sebenarnya…Lebih tahu tentang artis pujaan daripada Nama Nabi-Nabi Allah.
Kita sebenarnya…Lebih suka menyebut hello!...Hai daripada Assalamu’alaikum.
Kita sebenarnya…Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid.
Kita sebenarnya…Lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri.
Kita sebenarnya…Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya…Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya…Lebih suka memaki, Mengumpat orang daripada memuji mereka.
Kita sebenarnya…Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab KITA SEBENARNYA… .Lebih suka menuju ke syurga daripada ke neraka. Layakkah Kita sebenarnya…

Friday, January 16, 2009

"Akum= Avde Kokhavim U Mazzalot"

Ilmu untuk dikongsi bersama:
Radio IKIM (91.50 FM), Ustaz Zawawi memberi tazkirah tentang sunnah Rasulallah. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatullah hi wabarokatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatullah hi wabarokatuh"

Apabila kita berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Ali ye" contohnya..
Bukannya : "Kirim salam kat Ali ye"

Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan "A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamu'alaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamu'alaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam " iaitu sama makna dengan Assalamu'alaikum. Sesamalah kita memberitahu teman - teman yang selalu menggunakan shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang - orang Yahudi untuk orang - orang bukan Yahudi yang bermaksud ' BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA - HAMBA BINATANG DAN ORANG - ORANG SESAT'

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamu'alaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Kantoi Rokok (Cerita)

Pada suatu hari , seorang murid terkantoi membawa rokok ke sekolah, oleh itu gurunya pun bertanya ,

Cikgu :Kenapa kamu membawa rokok ke sekolah?

Murid :Saya tak membawa rokok itu.

Cikgu :Habis tu, kenapa boleh ada dalam beg kamu?

Murid :Mana saya tahu, tanyalah rokok tu.

Cikgu : kamu nak berdalih ya? Kamu tahu tak rokok ............

Murid : Saya tahu rokok membahayakan kesihatan . Ia mempunyai 3 jenis narkotik.

Cikgu : Bukan narkotik la , nikotina. Apa dia?

Murid :7..... 14........20..........

Cikgu :????@##&&

Saturday, December 27, 2008

My Day

Life as a teenage is quite demanding in todays world. I hope I can cope with all these great decisions that have to be taken. Few people are helpful when it comes to easing others life.