Wednesday, January 12, 2011

RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG....

"akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing??"

hujan rintik-rintik laut bergelombang...
hujan berderai angin menderu...
burung terbang kicaunya hilang....
kapal berangkat pelabuhan menjauh....
renyai diam angin pun berhenti...
lelayang melayang di dada langit...
mentari mula rindu pada malam...
kasih sembunyi pada tingginya ganang...
renyai menitis alam menangis....
putih jernih kasih bersih...
cinta berdiri pada muka jendela....
mentari, berjanjilah terikmu bukannya membakar untuk rasaku....
cinta bersembunyi di celah gemawan....
kunang-kunang tidak mampu terbang jauh....
mana si biru yang kasihmya mengharu....


hujan rintik-rintik tumbuh bunga mawar....
biji-biji saga jatuh atas bening kali......
andai waktu yang melintas...
aku dapat memilih....
aku tak akan pernah memilih dia....
lancang telah pergi dan jeti sendiri lagi....
kelopak sakura merah jambu atas kanvas....
sunyi itu ubat hati...
pilu itu suara rasa...
hujan rintik-rintik pelangi pun menjelma...
rindu itu rupanya racun...

"kalau dikait buah pinang,
  entah berbuah entah tidak;
kalau dibawa sirih peminang,
  entah diterima entah tidak."

anggerik merah buatmu marah....
mentari itu bolehkah ditutup dengan nyiru??
kumbang-kumbang telah terbang kembali....
pelangi tidak pernah hilang warnanya....
rumah kecil di hujung hati...
waktu adalah perjalanan yang jauh....
bintang-bintang yang cantik dan manis....
gerimis hentilah menghiris hati....
merah jambuwarna kalbu...



*dipetik daripada novel pelangi berdasarkan cerita yang bertajuk rumah kecil di ujung padang karya noor suraya.

Saturday, January 1, 2011

NEW YEAR??

Salam di dahulukan...apa pun selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini... skrg masuk tahun baru dah?? cepat sungguh masa berlalu...dunia menjadi semakin tua dan begitu juga kita... masa berlalu adakah kita masih lagi ditakuk lama?? atau sudah berubah??? selalu nya apabila masuk tahun baru saja mesti ada pesta la... bunga api la.. dan mcm2.. begitukah cara kita menyambutnya?? itu kah yang dimaksudkan azam baru kita melalui cara sambutan tersebut??... fikir2kanlah...

Wednesday, September 22, 2010

Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa

"Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat. Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang ada pada Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah." Imtiazsofea, jun 09.

Beberapa orang bertanya pada saya, "Apa yang imtiaz maksudkan dengan Muslimat pencetus muslimin bertaqwa?" Ada yang tertanya-tanya. Tapi semuanya hakikat.

Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah SWT.Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.

Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?

Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.

Asiyah zaujah Firaun, isteri Firaun. Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun. Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada Allah.

Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima Nabi Musa sebagai anak angkat. Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.

(Dengan izinAllah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi apakah yang berlaku ketika Malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di Mihrab tempat beliau beribadat?

Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya. Anda fikir sejenak.. bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!

Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf. Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam Al-Quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?

Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri Mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada Nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.

Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi Allah telah menolak ajakan keji itu.

Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam AL Quran?

Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas. Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.

Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.

Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.

Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah.

Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!

Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.

Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita. Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan.Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir? Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.

Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan. Jika si Ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.

Tetapi jika siibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin Allah).

Oleh itu wanita diluar sana... pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah.

Bentuklah akhlakmu semulia Mariam dan Asiyah sebelum kamu memberi pelajaran kepada orang lain.


sumber: www.iluvislam.com

Tuesday, August 10, 2010

PUASA

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." surah al-baqarah~183-185

Friday, August 6, 2010

Selawatlah...

Nabi s.a.w bersabda:"orang yang lebih berhak mendapat syafaat ku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku"~Ibn Mas'ud r.a

Rasulullah s.a.w bersabda:"sesiapa yang berselawat keatas ku dengan suatu selawat, sentiasalah malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat keatas ku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak"~Amir bin Rabiah

Thursday, July 29, 2010

BERKELAKUAN GANAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT.

"Drpd abu hurairah, meriwayatkan bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda: dua jenis manusia penghuni neraka yg aku tidak melihatnya. Golongan orang yg memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, golongan perempuan yg memakai pakaian tetapi bertelanjang yg menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya(rambutnya) seperti bonggol unta kharsani,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian,demikian."

Thursday, July 15, 2010

UJIAN??? SMILE N THINKING....

salam.. tgh2 boring ni tetiba ja rasa nk post sumthng kt blog ni.. terigt akn ujian yg kerap melanda ujian dr allah.. ujian dr kementerian la.. ujian dr sekolah la... n mcm2 lg... tp bila difikiRkn blek.. suma ujian tu da rahmat nya... bila kita sdg hadapi ujian, kita dapat merasa kn nikmat ujian itu.. jgn mengeluh ketika menghadapi ujian... juz smile n thnk how to solve it.,, bkn sja pengalamn mendewasakn kita tp ujian juga turut mendewasakn kita.. mlalui ujian kita dapat mengetahui kelemahan kita, dimana silap kita n mcm2 lg..