Thursday, January 22, 2009

CERITA CINTA DAN SAHABAT

Pada suatu pagi yang indah. Sepasang teman yang bernama CINTA dan SAHABAT bersiar – siar di sebuah taman. Mereka sangat seronok bersiar – siar hingga terleka dengan nikmat Allah yang sementara.
Namun, malang tidak berbau. Satu insiden yang tragik meragut kebahagiaan mereka yang indah persis fatamorgana. Takdir tuhan yang datang tiada dapat dihalang. CINTA tiba-tiba jatuh ke dalam sebuah perigi. Kerana apa? CINTA jatuh ke dalam perigi kerana sememangnya seperti yang diketahui cinta bersifat buta.
Keikhlasan dan ketulusan SAHABAT mengatasi segala-galanya. Tanpa melengahkan masa dan berfikir panjang SAHABAT terjun ke dalam perigi semata-mata untuk menyelamatkan CINTA kerana ia merupakan salah satu sifat seorang SAHABAT iaitu berusaha membantu sedaya upaya apabila seorang sahabatnya ditimpa musibah atau kesusahan.
Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, CINTA yang disangka ada di dalam perigi, tidak ketemu oleh SAHABAT. CINTA rupa-rupanya hilang. Kerana apa? CINTA hilang kerana CINTA itu fana. Cintakan bunga, bungakan layu. Cintakan manusia, manusiakan mati. Cintakan dunia, duniakan pergi.
Meskipun CINTA yang dicari tidak ketemu, SAHABAT tetap menunggu di dalam perigi. Kerana apa? SAHABAT terus menunggu kerana SAHABAt itu sejati, terus setia dan dia juga percaya ukhwah kerana Allah akan membawa ke syurga…

No comments:

Post a Comment